Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul – Hidup menambah nilai kepada orang lain

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul

Masih melekat kuat dalam benak fikiran ini, sejak MENTOR DeQdEq mengatakan sesuatu yang pada DeQdEq sangat2 betul…..iaitu hidup adalah untuk menambah nilai kepada orang lain.

Jika kita hanya memikirkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain, sebenarnya hidup kita tak berkembang…..

 

Pernah dengar hadis-hadis ni?

 

عن جابر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « المؤمن يألف ويؤلف ، ولا خير فيمن لا يألف ، ولا يؤلف، وخير الناس أنفعهم للناس »

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)

 

Dari Ibnu Umar bahwa seorang lelaki mendatangi Nabi saw dan berkata,

”Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling diicintai Allah ? dan amal apakah yang paling dicintai Allah swt?” Rasulullah saw menjawab,”Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat buat manusia dan amal yang paling dicintai Allah adalah kebahagiaan yang engkau masukkan ke dalam diri seorang muslim atau engkau menghilangkan suatu kesulitan atau engkau melunasi utang atau menghilangkan kelaparan. Dan sesungguhnya aku berjalan bersama seorang saudaraku untuk (menuaikan) suatu kebutuhan lebih aku sukai daripada aku beritikaf di masjid ini—yaitu Masjid Madinah—selama satu bulan. Dan barangsiapa yang menghentikan amarahnya maka Allah akan menutupi kekurangannya dan barangsiapa menahan amarahnya padahal dirinya sanggup untuk melakukannya maka Allah akan memenuhi hatinya dengan harapan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang berjalan bersama saudaranya untuk (menunaikan) suatu keperluan sehingga tertunaikan (keperluan) itu maka Allah akan meneguhkan kakinya pada hari tidak bergemingnya kaki-kaki (hari perhitungan).”

(HR. Thabrani)

 

Sebenarnya telah lama Rasulullulah SAW berpesan kepada umatnya….hidup kita bukan hanya pada diri kita sendiri dan keluarga kita….kita perlu melihat di dalam skop yang lebih besar.

Kalau tak kenapa selalu dilaung-laungkan, berbakti kepada nusa, bangsa dan negara…..

 

Oleh sebab itu, di hari sambutan kelahiran insan mulia yang paling berpengaruh di muka bumi ini iaitu Nabi Muhammad SAW, junjungan besar….sama-sama kita renungi, apakah hidup kita selama hidup ini telah memberi manfaat dan menambah nilai kepada hidup orang lain.

Jika belum, masih belum terlambat untuk kita bertindak…

Untuk menambah nilai kepada orang lain tidak semestinya dalam bentuk wang…banyak lagi cara lain, tenaga, masa, ilmu dan juga simpati…

 

Bagi DeQdEq, setelah memahami kata-kata ini, dan kenapa kita dilahirkan di muka bumi ini, alhamdulillah sekurang-kurangnya, niat bekerja atau mencari client….telah bertukar, bukan setakat nak cari duit….tapi hidup aku nak menambah nilai hidup orang lain dengan menyampaikan ilmu kewangan yang aku tahu.

Tapi, dengan hanya berjumpa client, seorang demi seorang terasa macam lambat dan tak semua ilmu dapat dikongsikan kerana masa….

 

Jadi, disebabkan itu, maka lahirnya projek 2012 ini…..untuk memudahkan DeQdEq untuk menyampaikan ilmu kewangan dan menambah nilai lebih ramai orang lagi…..

 

Semoga, semuanya dipermudahkan….

 

Inilah dia projek 2012 kali ini….

diyana-profile02

 

Seminar TRANSFORMASI Tarikan Wang

Dimensi Baru 2012

 

Perkara yang anda akan pelajari adalah:

 

- Pelajari formula pengurusan wang orang kaya

- Pelajari rahsia bagaimana orang kaya menjadi lebih kaya dan kaya lagi

- Pelajari bagaimana untuk mengelakkan masalah “kebocoran wang”, iaitu duit senang masuk tapi senang keluar

- Pelajari teknik untuk mengaktifkan getaran tarikan wang

- Pelajari dan kenali potensi diri serta mengubah idea/ kelebihan diri menjadi mesin duit anda

 

Terbuka kepada semua…..bagi mereka yang berada di Utara tanah air….jangan lepaskan peluang ini……

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...