Tuesday, 20 November 2012

Betapa besar tanggungjawab sebagai seorang MUSLIM

 

Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat pembaca,

Dua tiga hari ini kita semua di seluruh dunia begitu terkesan dengan apa yang menimpa saudara seagama kita di Palestin. Ramai yang ‘share’ status, picture di Facebook tentang Palestine, Save Gaza, boikot McD, boikot barangan Israel dan banyak lagi.

Alhamdulillah, ramai yang prihatin dan mempunyai perasaan belas, kasih dan simpati pada rakyat Palestine. Termasuk juga artis dan selebriti tanah air kita yang sama-sama melaungkan untuk membantu rakyat Palestine.

Salah seorangnya ialah pelakon,pelawak dan pengarah Afdlin Shauki. Di sini, deqdeq selitkan sedikit status yang dikongsikan Afdlin di Fanpage beliau….sangat-sangat terkesan di hati deqdeq.

“Aku teringat kawanku Farhash, yg pada hari tu baru pulang dari Gaza setelah dia beberapa rakyat Malaysia lain membantu mendirikan mesjid di sana dan dia kata perasaannya sangat tenang di sana, mereka di situ hidup cara islam sebenar katanya. mereka menjaga tetamu dgn sebaik-baiknya walau pun mereka hidup dalam penuh kesusahan, mereka akan cuba memberi yg terbaik kepada tetamu yg datang kerana islam dan datang untuk membantu. Sembahyang subuh kat sana kata beliau macam sembahyang jumaat penuhnya masjid kat sana.”

 

save gaza

 

Bila melihat keadaan yang menimpa saudara kita di Palestine ini dan deqdeq bandingkan dengan hidup deqdeq, Ya Allah, betapa bersyukurnya Allah mentakdirkan deqdeq lahir di bumi Malaysia yang aman.

Betapa besar ujian yang ditempuhi rakyat Palestine di sana, tidak kira dari kanak-kanak, wanita dan lelaki, semuanya berjiwa kental dan bersemangat untuk berjuang mempertahankan tanah Islam dan IMPIAN hidup mereka hanya satu untuk MATI SYAHID.

Hebat sungguh mereka…..biar mereka miskin harta, tetapi merekalah ORANG KAYA di akhirat kelak.

 

Pernah kita terfikir, kenapa Allah jadikan semua ini…ada hamba-Nya yang hidup di dunia bersenang lenang, ada pula yang hidupnya susah dari lahir hinggalah dijemputnya kembali.

Allah inginkan kita berfikir dan bersyukur dengan segala nikmat pemberian-Nya. Tapi, tidak berhenti setakat di situ sahaja. Masih banyak dan luas lagi tanggungjawab kita sebagai MANUSIA dan sebagai seorang MUSLIM terutamanya.

Jika dilihat, begitu banyak produk yang dihasilkan oleh Israel...bukan setakat boikot yang perlu kita buat...rupanya kita ni banyak bergantung terhadap produk-produk keluaran mereka.


Mari semua umat Islam, kita semua perlu bangkit dan jadilah usahawan yang mengeluarkan produk2 Muslim dan menjadi jutawan yang boleh menyalurkan sumbangan sebanyak mana diperlukan untuk mempertahankan ISLAM...seperti pada zaman Rasulullah SAW dahulu, sahabat sanggup mengorbankan seluruh harta benda mereka untuk menyebarkan dan mempertahankan agama ISLAM.

Yang tidak punya harta, tubuh badan dan nyawa mereka sanggup dipertaruhkan seperti mana saudara seagama kita di bumi Palestine sana.


Benar, lebih baik jadi JUTAWAN dari jadi MISKIN….. sebabnya bila kita KAYA dan banyak duit, kita ada banyak pilihan...


Pilihan untuk MENYUMBANGKAN WANG, MENDERMA dengan lebih banyak…tidaklah hanya sekeping not RM1 yang mampu dihulur setiap kali ada tabung derma.

Pilihan untuk majukan ekonomi ISLAM supaya tidak bergantung lagi pada orang bukan Islam....

Pilihan untuk keluarkan PRODUK buatan MUSLIM yang berkualiti dan lebih baik dari orang lain….serta banyak lagi PILIHAN yang kita boleh buat.


Besar tanggungjawab kita sebagai seorang MUSLIM...


Sebab itu lah Allah lahirkan kita ke muka bumi ni......Allah tidak jadikan MANUSIA dan JIN dengan sia-sia….

 

Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui….

Saturday, 3 November 2012

Doa aku makbul, Allah sayang aku…benarkah begitu?

 

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu,

 

Hari ini, bila membaca perkongsian di Facebook oleh seorang kenalan, seorang Pakar Pelaburan Emas dan Perak, Faizal Yusof…terasa ingin berkongsi rasa di blog deqdeq. Maklumlah dah lama sangat deqdeq diam dan tak menulis.

Jadi, pagi Sabtu yang hening ini, di saat keseorangan…menulis dapat merangsang minda untuk lebih banyak berfikir.

 

Mari sama-sama kita hayati kisah ini dan menjadi peringatan kepada kita semua, insyaAllah.


Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah.

Bercakap fasal doa saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya.
Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa.

Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul.

Jadi, apabila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh.
Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin.
Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

abang dan adik

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya-raya.

Si adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas.
Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya-raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa pada ALLAH, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta.
Si abang rasa dirinya istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah.Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa.

Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.

Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:“Kau kena berdoa kuat lagi.
Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas.
Tak cukup hebat.”Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah.
Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku”Masya-ALLAH…Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya.
Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT.

Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul.
Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, apabila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang.
Tengok, semua benda Allah bagi.Aku minta je pun."Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita dan orang di sekeling kita – Kredit kepada Azizan Osman

 

 

Memang benar kan, kita sebenarnya mudah lupa dan leka. Kadang-kadang kita rasakan segala kejayaan kita adalah hasil usaha dan doa kita sendiri. Sedangkan Allah yang Maha Pemurah yang memberikan segalanya. Dan juga mungkin doa orang-orang di sekeliling kita yang menyebabkan hidup kita berada di tahap sekarang.

Pesanan buat diri deqdeq sendiri, walau setinggi mana kejayaan dan kekayaan yang berada dalam tangan, semuanya hanyalah pinjaman dari Allah. Semuanya itu adalah milik DIA, DIA hanya pinjamkan kita untuk kita menguruskan dan mentadbirkan di dunia sesama manusia.

 

Hingga jumpa lagi.

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...