Tuesday, 23 April 2013

Fasa Pertama Proses Penulisan Ebook

 

Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk kita bernafas dan melihat dunia pada hari ini.

Moga pembaca semua terus dilimpahi rahmat kekayaan, kejayaan, kesihatan, kebahagiaan, kegembiraan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

 

Sebelum ni deqdeq pernah kongsikan pengalaman menggunakan Google Hangouts dengan mentor penulisan ebook.

Dan kini, dengan izin Allah, deqdeq kini sudah berada pada fasa pertama penulisan ebook iaitu menjana idea dan perkembangan idea tulisan. Moga mendapat berkat dari-Nya dan perkongsian deqdeq dapat memberikan manfaat pada anda semua.

Jadi, di dalam memikirkan idea atau apa yang ingin dikongsikan, Allah mengilhamkan deqdeq untuk melahirkan satu siri tulisan di blog SOLUSI KEWANGAN. InsyaAllah dari siri ini, akak deqdeq kongsikan tentang wang dan kaitan hidup kita. Antaranya, Wang dan Kehidupan, Wang dan Kematian, Wang dan Cinta serta banyak lagi.

Deqdeq akan kongsikan penulisan siri ini lebih kepada perspektif Islam. Moga kita akan sama-sama dapat menghayati dan mengambil manfaatnya nanti.

 

Mohon doa dan sokongan pembaca semua agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan deqdeq dalam melahirkan ebook dan terus berkongsi dan memberi manfaat pada anda semua..

 

Terima kasih atas kesudian singgah dan meluangkan masa membaca penulisan deqdeq di sini….:-)

Moga Allah datangkan kebaikan demi kebaikan buat anda semua.

No comments:

Mesti baca...hanya yang terbaik

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...